Perbezaan genre muzik bukan kekangan dua figura tempatan bertaraf antarabangsa untuk memacu Konsert Zee Avi + Njwa yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 22 Mac depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Gandingan sulung Zee Avi dan Najwa Mahiaddin atau Njwa dijangka mampu memberi impak luar biasa memandangkan kedua-duanya bukanlah nama yang asing dalam mengalunkan muzik mereka sehingga ke pentas antarabangsa.
Berkonsepkan sofistikated, klasik dan elegan, konsert anjuran FM Showlab Ventures itu tidak hanya ditunggu-tunggu oleh peminat, malah debaran turut dirasai oleh Zee Avi dan Njwa dalam persembahan selama dua jam.
NJWA mula dikenali pada tahun 2011 sebagai penyanyi dan penerbit sebelum menggondol anugerah Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18.
Zee Avi mula mencipta nama sebagai penyanyi pada tahun 2009 melalui album Zee Avi dengan mempertaruhkan single bertajuk Bitter Heart.
Penyanyi kelahiran Sarawak itu turut mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga dinobat sebagai penerima The International Youth Icon Award pada tahun 2011.
Gabungan duo Zee Avi dan Njwa pasti menggegarkan pentas dengan gaya trendy serta klasik bertaraf antarabangsa.
Tiket-tiket sudah mula dijual oleh AirAsia Red Tix pada harga bermula RM388 (meet and greet), RM259 (diamond), RM205 (platinum), RM169 (gold), RM115 (silver) dan RM88 (bronze).
Sahlizah Mohamed
Wed Jan 23 2019
Sidang media Konsert Zee Avi Njwa sempena Hari Wanita Antarabangsa. - Astro AWANI/Shahlizah Mohamed
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
Empat warga Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan tempatan tanpa permit kerja sah
Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C ditahan APMM Pahang kerana tidak mempunyai permit kerja sah, pada kedudukan lebih kurang 23 batu nautika dari timur perairan Kuala Pahang.
Biar tidak popular, Zee Avi dan Njwa janji persembahan terbaik
Perbezaan genre muzik bukan kekangan dua figura tempatan bertaraf antarabangsa untuk memacu Konsert Zee Avi dan Njwa yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 22 Mac di PWTC.